'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Wednesday 3 August 2011

sahur oh sahur



Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)



Seawal jam 4 pagi aku bangun dari tidur. Kerja aku masak air, buat air, susun pinggan n cawan atas meja makan, bila mak dah siap masak/panaskan lauk baru aku kejut adek beradik aku. Sambil siapkan makanan sahur kat dapur sambil tu layan drama kat TV3. Pepagi ramadan ni banyak drama sedih-sedih kat TV3, bersesuaian dengan pengisiannya bulan Ramadan. Tiap-tiap tahun bila time bulan puasa kazen aku kuar kat TV3 bagi tazkirah, tapi tahun ni tak nampak lagi batang hidung dia kat TV3, al maklumlah orang politik la katakan. Bila dah siapkan makanan sahur, aku ditugaskan kejut adek beradek aku. Bab kejut mengejut ni yang aku suka. Kejut budak kecik (adek aku)  lagi senang dari kejut budak besar, sebab budak besar selalu tidur lambat dari budak kecik. Heh. Bila bersahur tu masing-masing punya muka yang aku tak tahan. Kecik je mata mengunyah makanan, silap silap tisu pun diorang telan. Hahaha. Rasa macam nak record pastu letak kat utube je. Heh. Apa pun, aku rasa bulan Ramadan ni sangat bermakna sebab aku berpeluang bersama family sepanjang Ramadan dan mak aku pula cuti rehat sepanajng Ramadan. Susah sangat ktorang nak berjumpa dan susah sangat nak berkumpul sama-sama makan sama-sama semeja, tapi semasa Ramadan ni lah ktorang berpeluang bersama-sama. Paling penting, aku diberikan peluang melakukan ibadah wajib mahupun sunat. Apa pun, aku bakal merindui Ramadan.