'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Thursday 4 August 2011

blogger baru? Meh sini ....

Anon nak bagitau sikit kat blogger-blogger baru benda-benda penting yang wajib ada dalam blog korang. Nak bikin blog ni bukan macam bikin myspace ke friendster ke, sibuk nak cantikkan blog tapi benda basic dalam blog korang takde. Ini senarai benda yang wajib korang ada dalam blog bagi blogger-blogger baru yang baru menjinakkan diri dalam dunia blogging:

1- Butang ''Follow''. Ini memudahkan kerja blogger-blogger lain yang datang singgah kat blog korang, blogger yang dah tertawan dengan penulisan korang semestinya nak Follow korang, bila dia dah follow korang senang la dia nak dapat notification  setiap kali korang update blog, jadi butang Follow tu wajib ada ye. Cara nak masukkan butang follow tu: Pergi kat Dashboard> Design> Add Gadget> Followers> Siap!

2- Account Nuffnang, klik sini kalau nak register: NUFFNANG. Apa ke benda Nuffnang ni? Kalau korang pernah dengar blog ni boleh buat duit, ini la cara dia. Daftarkan blog korang kat Nuffnang ni. Banyak kelebihan Nuffnang ni antaranya:
  • Setiap hari korang boleh check statistic blog korang. Berapa ramai pembaca yang dah baca blog korang, dari negara mana, dan paling penting dari mana diorang boleh masuk blog korang. Maksud Miss Anon di sini, korang boleh tau bagaimana diorang boleh dapat link ke blog korang. Contohnya, diorang google ''Tips untuk berjaya'', ''Cara mengelakkan perut boyak selepas bersalin'' dan sebagainya. Kalau dalam blog korang dah tertulis benda yang diorang google tu secara tak langsung link untuk ke blog korang keluar kat Google Search. So, untuk mengelakkan kontroversi janganlah tulis nama penuh manusia yang korang mengumpat dalam blog ye. Kalau nak tulis boleh tapi biarlah professional sikit, tulislah benda yang baik-baik saja. Conclusion nya, rajin-rajin lah post pasal info-info terkini dan maklumat-maklumat yang berguna. Jadi bila dah ramai masuk ke blog korang secara tak langsung duit korang akan naik sedikit demi sedikit tapi dengan syarat daftar dengan Nuffnang dulu !
  • Pasang iklan dalam blog. Kalau korang perasan dalam blog Miss Anon ada iklan Digi, kejap iklan Maxis, iklan Perodua, Hotlink etc, dari mana aku dapat segala iklan ni? Daftar dengan Nuffnang dulu. Bila dah daftarkan blog korang kat Nuffnang ni korang akan dapat code HTML khas untuk pasang iklan dalam blog korang. Jadi bila orang masuk blog korang n tengok ada iklan contohnya iklan Playbook Blackberry, bila dia klik kat iklan tu secara tak langsung duit korang dalam akaun Nuffnang akan naik sedikit demi sedikit. Ini salah satu contoh bagaimana korang boleh buat duit hanya dengan menggunakan blog dan Nuffnang. Yang penting, ia halal dan bukannya HARAM!

Contoh jumlah pendapatan yang korang dapat melalui iklan yang korang pasang lepas daftar dengan Nuffnang. RM260.32 tu ada ke orang nak bagik free-free je? Tadeee. So daftar dengan Nuffnang cepat-cepat!
Bila pendapatan dalam akaun Nuffnang dah banyak, korang boleh cashkan tapi hanya melalui HSBC bank. Nanti masa daftar dengan Nuffnang korang diminta letak nama penuh dan no IC yang betul dan sahih.
    • Dengan akaun Nuffnang ni, korang boleh detect siapa insan bertuah mana yang dah masuk ke blog korang. Tapi dengan syarat insan bertuah tu pon ada akaun Nuffnang juga, jadi korang boleh tau sapa yang rajin baca blog korang. Kalau orang yang masuk blog korang tak ada akaun Nuffnang, korang tak boleh detect ok. Hanya yang dah berdaftar saja. 
    3- Pastikan korang letak chat box kat dalam blog korang ye. Klik sini untuk mendaftar: Shoutmix. Apa fungsi chat box ni? Haa chat box ni untuk blogger-blogger yang rajin blogwalking. Jadi senang la dia nak tinggalkan link dia dalam tu. Ada paham? Good! 

    4- Last sekali yang korang kena ada ialah Feedjit. Feedjit ni sebenarnya tak wajib ada pun ada dalam blog tapi dia hanyalah benda basic yang blogger-blogger letak dalam blog.

    Setakat ni je yang Miss Anon mampu ngomong. Opsss ngomong tu apa? Ni la padah kalau rajin tengok Sinetron. LOL