'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Thursday 4 August 2011

kurang tabiatttt

Tabiat Miss Anon setiap kali ke masjid/surau Miss Anon suka memerhatikan orang perempuan. Sebab Miss Anon suka sangat tengok raut wajah rakan-rakan sejantina yang suci selepas berwudhu', tanpa secalit make up di wajah di sebalik kain telekung berwarna putih suci dan secara tak langsung hati ni rasa tenang je nak menunaikan solat. Lain benar rasanya dan jauh berbeza sekali kalau pergi shopping, terserempak dengan rakan-rakan sejantina yang pakai seksi berbangga menayang peha yang penuh dengan lemak masing-masing sambil tergedik-gedik berlakon manja dengan boipren kat sebelah, make up pulak tebal dengan bulu mata palsu bagai....Eeeuuwwwww. Nak berhias tu boleh tapi haruslah besederhana dan simple jangan sampai muka sendiri nampak palsu di sebalik bulu mata palsu, bukan ke orang laki suka perempuan yang cantik secara semula jadi? 

Berbalik cerita Miss Anon kat dalam Masjid tadi, masa tengah dok memerhatikan rakan-rakan sejantina ni tadi terhenti bila terpandang sorang minah ni..... ''Ish, biar betul minah ni make up tebal gila pergi teraweeh? Ni nak solat ke nak pergi dating''? Sah ke dia berwudhu' dengan eye shadow kat kelopak mata, mascara yang melekat-lekat kat bulu mata? Hmm... ''Mungkin dia bawak make-up remover kot masa nak berwudhu' nanti'' or '' Ala, biarlah dia nak melawa. Mungkin dia berwudu' dulu baru lah dia make up'', jawab hati Miss Anon yang nak bersangka baik time bulan Ramadan ni. Lagi sekali, Bersangka Baik

Make up yang sesuai untuk pergi sarkas. LOL