'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Friday 5 August 2011

cinta.. tak boleh DIPAKSA



Kenapa orang lain yang sibuk-sibuk kalau kita tak ada teman, maksud aku boyfriend? 6 bulan yang lepas masa aku tengah frust menonggeng aku diperkenalkan oleh kawan baik aku sendiri dengan seorang jejaka Malaysia yang tengah sambung belajar kat Arizona. Aku tau niat kawan aku tu baik, dia selalu tengok aku menangis masa aku tengah kechiwa dengan seorang lelaki, jadi dia nak kenalkan aku dengan seorang kawan baik dia biar hati aku yang terluka masa tu terubat sedikit. Bukan makin terubat tapi makin sakit hati ada la. Mamat tu tak paham langsung keadaan aku yang tengah kechiwa. Disebabkan sikap Mamat Arizona yang annoying tu aku pun dah malas nak layan mahupun reply mesej dia. Hari demi hari dia dah tak tahan dengan aku dia terus block aku dari Facebook. Lagi bagus. Babai.

Next, kawan aku juga. Tak berapa nak rapat tapi dia tau masalah aku masa tu. Boyfriend dia pilot. Selepas 2,3 kali aku lepak dengan diorang, kali ke4 aku teman kawan aku jumpa boyfriend dia lagi kat airport, aku diperkenalkan dengan kawan baik boyfriend dia.. pilot juga tapi aku tak berminat langsung. Selang 2,3 minggu boyfriend kawan aku ni call, ''Aku bagik betis ko nak peha, kawan aku tu tak kan kecewakan ko la''.. ''Ko bagik la aku sapa-sapa aku tetap tak boleh terima''kechiwa juga dengan kawan sendiri yang tak paham masalah kita.

Next, Hazim. Kawan masa sekolah menengah dulu. Hazim pun sama macam kawan-kawan aku yang kat atas tu. Beria-ia dia menjodohkan aku dengan housemate dia sejak dia dapat tau yang aku masih belum berpunya. ''Dia memang setia gila dengan perempuan, kau jangan risau. Dia pun baru lepas dikecewakan'', kata Hazim. '' Aku tak janji la, aku try k'', itu je yang mampu aku cakap kat Hazim masa tu sebab tak nak Hazim kecik hati dengan aku. 3 bulan sudah berlalu tapi sampai sekarang housemate dia masih malu-malu dengan aku. Baru harini dia berani mesej aku itupun masih malu-malu

Aku hargai segala usaha-usaha kawan-kawan aku yang serba sedikit menyinggung perasaan hati ni. Aku tau niat diorang baik tapi ini bukan masanya untuk aku fokus kepada insan yang bernama lelaki. Biarlah hati aku ni terubat dulu dengan persitiwa-peritiwa lampau. Aku yakin satu hari nanti pasti aku akan jumpa soulmate aku. Mungkin bukan sekarang, tapi biarlah cinta itu datang  secara semulajadi yang datang dari hati dan bukannya paksaan.