'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Sunday, 7 August 2011

budak kechik pon pandai menangis

Kakak ipar Miss Anon suka download movie dan Miss Anon pula tanpa segan silu pergi amek suma movie yang dia dah donwload sebab malas nak mendownload sendiri. Nak dijadikan cerita beberapa hari yang lepas, di malam hari aku tengok cerita hindustan lama, Kal Ho Naa Ho lakonan Shah Rukh Khan, Preity Zinta n Saif Ali Khan. Mula-mula tengok sensorang dalam bilik, mengadap laptop sorang-sorang sebab ni bukan cerita hantu, kalau cerita hantu memang la aku tak berani ! Selang 15 minit aku tengok tanpa menoleh kiri dan kanan sebab terlalu khusyuk, minit yang ke 16 barulah aku sedar aku tengah tengok movie tu bersama si kechik, adek aku. Ishh sibuk je budak kechik ni, sebab aku tau budak kecik ni anti cerita hindustan.

Biasalah cerita hindustan memanglah 3 jam, tak pernah aku tengok cerita hindustan 2 jam aje. Masa tu dah pukul 1 pagi, tak sangka aku budak kecik ni masih melekat kat sebelah aku tengok cerita Kal Ho Naa Ho ni. Mimpi apa entah, tapi tak mustahil pun sebab cerita ni memang best gilos. Ni kali ke beratus kali entah aku tengok Kal Ho Naa Ho, saje nak tengok balik sebab cerita-cerita hindustan zaman sekarang semua lucah-lucah belaka, bukan cerita hindustan je dah pandai melucah tapi cerita Indon pon sama! Benci ! Benci ! Benci ! 

Dah nak ending cerita Kal Ho Naa Ho ni, macam mana entah aku boleh dengar orang menangis teresak-esak. Yelah, dah pagi buta masa tu. Sekali aku pandang sebelah, alahaiiiiiiii budak kechik ni yang menangis. Perghhh. Aku ketawa terguling-guling tanpa mengeluarkan suara atas katil tengok budak kechik ni, tak sangka budak kechik ni pandai menangis bila tengok cerita hindustan. Hahahaha. Esok paginya aku mengadu kat Mak masa tengah sahur, habis semua adek-beradik aku ketawakan budak kechik ni. Lalalalalalala. Tapi cerita Kal Ho Naa Ho ni sumpah memang sedih gila. Manalah air mata budak kechik tak keluar dengan lajunya, Shah Rukh Khan mati dalam cerita ni. Alahaiiii budak kechikk oh budak kechikkkk.....

.
Alololo shiannnn diaaa...