'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Tuesday 2 August 2011

Jodoh oh jodoh !

Jodoh...

andaikan kita tau awal awal siapa jodoh kita, bila kita akan bertemu jodoh, kat mana kita bertemu jodoh , tapi apa kita boleh buat sebab itu semua Allah punya kuasa. Aku tak suka bila orang merungut soal jodoh dan aku paling meluat sekali bila tengok kawan kawan aku yang tak boleh hidup bersendirian. Maksud aku, diorang wajib ada boyfriend. Bila putus, tak sampai 2 minggu dah ada pengganti dan seterusnya. Apa diorang hidup memang bergantung pada orang laki yang tak ada sebarang ikatan langsung? Aku pelik macam mana manusia macam ni senang sangat beri hati kat orang lain, lagi parah kalau bercinta tanpa pernah bersemuka (blind date). Paras rupa pun tak tau bagaimana, asal usul jangan cakap la. Kes macam ni dari zaman sekolah lagi aku dah tengok. Kenapa mudah sangat mempercayai seseorang? Please dong!  

Tapi kalau kisah orang bercinta dari kenalan rakan atau kenalan di Facebook memang selalu aku jumpa. Tapi tak semuanya yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Terutamanya bila kita berkenalan melalui internet kerana masih ramai lagi yang jadi penipu dalam perhubungan dengan menggunakan internet. Bagi aku pasangan yang betul betul jujur, tak hipokrit dan betul betul ikhlas berkawan je yang dapat berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Jikalau sebuah perhubungan itu dimulakan dengan sifat yang tidak jujur, hipokrit dan berpura-pura semata-mata, tak mustahil sebuah perhubungan yang tercipta itu boleh putus dengan mudah. Kerana sebuah perhubungan memerlukan kejujuran, kepercayaan dan juga keihklasan. Kalau awal-awal perhubungan dah menipu, macam mana nak mengakhirinya dengan suatu kebenaran yang pasti pahit diterima oleh pasangan?

Dulu aku tak tau erti sebenar soulmate. Sampai suatu masa baru aku tau erti soulmate yang sebenar.Masa tu baru aku sedar yang aku hanya cinta monyet saja dan itulah kali pertama dan kali terakhir aku berstatus in a relationship. Sesuatu benda yang kita tak boleh hidup tanpanya, rasa seperti kurang sempurna, terasa jiwa ini sangat kosong tanpanya dan rasa sangat memerlukannya dan ia juga rasa seperti apa yang kita rasa, itulah soulmate aku.

Aku sendiri tak berani cakap pasal Jodoh. Itu semua kuasa Tuhan. Lambat atau cepat aku redha. Cuma aku mengharap jodoh itu datang dalam keadaan yang baik, bersesuaian dengan situasi aku masa tu, dan paling penting sekali jodoh aku mampu membimbing aku ke arah kebaikan. Insya Allah.