'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Tuesday 2 August 2011

psycho....TAKUT!

Bila dah terlalu sayangkan seseorang tak mustahil seseorang tu boleh merubah jadi psiko gila atau terlalu psiko!

Psiko atau bahasa 'German' nya, Psycho......istilah Psycho dari segi Psikolgi, its just a study about human mind though dan behavior.

Sebab tu awal awal lagi aku tulis Psiko Gila dan Terlalu Psiko. Bila manusia dah terlalu psiko, mungkin ia boleh mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan! 

Dapat rumet yang terlalu psiko, boipren yang psiko gila, kawan yang psiko nak mampus, atau SA (secret admire) yang psiko sangat sangat pun susah juga. Ke mana kita pergi, apa yang kita buat, apa yang kita suka, apa yang kita makan, kita balik pukul berapa, kita tidur pukul berapa bla bla bla semua dia nak amek tau. Sebab tu aku benci orang yang psiko gila. Dan kadang kadang buat aku jadi takut. 

Aku teringat cerita The Roomate. Roomate yang psiko nak mampus sampai sanggup  bunuh  setiap orang yang rapat dengan roomate dia. Pendek kata, sapa yang dekat dengan roomate dia pasti dia bunuh. Hilang kewarasan akal dek kerana terlalu psiko!

Pernah juga aku dengar cerita boipren yang terlalu psiko sangat mengongkong girlfren dia. Setiap gerak geri girlfrenz nya dikawal. Dengan siapa dia berhubung, dengan siapa dia berjumpa, pendek kata jangan ada orang ketiga habis kau dikerjakan!

Tapi bagi Miss Anon, Miss Anon lagi takut kalau berjumpa seorang perempuan yang Psiko gila. Sebab dia mampu buat apa sahaja, Miss Anon takut kalau kalau dia buat sesuatu yang melebihi batasan. Apa pun, doakan Miss Anon dijauhi dari segala perkara yang tidak diingini Insya Allah.