'Sometimes talking can bring on the tears, and tears say what you can't'

Tuesday, 9 August 2011

semua LELAKI macam ni ke?

 

Rasa macam nak tampar nak baling kasut nak gigit nak terajang cukup-cukup kat mamat sepet yang famous amous bagai nak gila ni. Tak perlu kot aku bubuh nama mamat tu kat sini, cukup dengan hint yang aku bagik kat atas (gambar bola) karang aku pulak yang kena saman. Mati-mati aku ingat mamat ni putus tunang disebabkan ketidak serasian dengan tunang dia seperti yang terpampang kat muka depan harian metro, berlagak suci depan media, hipokrit, pura-pura tak bersalah, siap back up orang ketiga lagi. Lepas website yang bernama beautifulnara.com bongkarkan gambar dia berpegangan tangan dengan orang ketiga tu kat Universal Studio Singapore, dan selepas aku baca blog tunang dia, Jejari Runcing, dengan dukacitanya aku meleleh air mata seakan-akan aku pulak yang berada di tempat Elia. Kesian Elia. Sebagai perempuan aku mengerti kesedihan dan kesengsaraan Elia. sobsobsobsob... kenapalah lelaki suka buat perempuan macam ni. Kalau aku kat tempat Elia, mesti dah pengsan pengsan...Hmm tapi Elia sangat tabah..teruskan Elia.. teruskan...

Aku memang tak hormat langsung orang ketiga tu. 1 Malaysia dah tau abang angkat kau tu dah bertunang, kenapa nak bermesra-mesraaan dengan tunang orang? Tolonglah...Aku tak hormat langsung perempuan macam ni. Mamat ni pun 1 hal, dah tau diri tu sudah bertunang, buat cara orang dah bertunang. Tak baik nakal-nakal belakang tunang naaa.. Tau la 'adek angkat' awak tu hot chick.. Dah kantoi malu tak? Eeeiii malunya....

Conclusionnya, orang laki macam ni memang tak boleh dibuat laki. Orang tua-tua kata, habis madu sepah dibuang. Sanggup dia membela orang ketiga lebih daripada tunang sendiri. Memang hawau la...Aku dah paham sangat taktik laki macam ni sebab pernah terkena kat batang hidung sendiri... Buat Elia, tabahkan diri ye. Tak rugi pun tak dapat kahwin macam bekas tunang awak ni. Ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin Tuhan nak beri yang lebih baik untuk Elia...

With love n big  hugs,
Miss Anon